Sunday, 11 December 2011

MENGAPA BILA KUCING MENGAWAN, DIA SUKA BISING, KNP X SENYAP jaa. haha :D

DI SEBALIK CERITA ANJING VS KUCING :)


by NB :)



                                  


Disebabkan hobi aku suka sgt baca novel, Hari ni aku nak berkongsi satu cerita yang aku dapat daripada novel yang bertajuk"SEJAM RM 2.50" by NORHAYATI BERAHIM. Maybe ada yang dah baca kan?  Satu perkara yang membuat kan kadangkala aku suka layan novel NB ni sebab dia penuh dengan ilmu yang bermanfaat. And in this novel aku terjumpa satu cerita mengapa? Kenapa? Dan Bagaimana kucing2 yang hidup di dunia ini suka bising bila diorang mengawan :) Haha, menarik kannnn :D



Cerita ni berkenaan dengan ANJING & KUCING. By the way, kita semua tau kan yang anjing dan kucing ni dikatakan tak pernah berbaik. Kalau tak, takde lah peribahasa 'Bagai anjing dengan kucing kan'? So, cerita yang aku nak sampaikan ni lebih kurang sejarah mereka bermusuhan la tapi dalam masa yang sama ada juga pengajaran lain. Hee. Ok lah ceritanya macam ni;

Pada zaman Nabi Nuh a.s, seperti yang kita ketahui, Nabi Nuh diwahyukan ALLAH S.W.T untuk mebina sebuah kapal yang sangat besar. Menurut kata kitab karya Syaikh Muhammad bin Ahmad bin Iyas dan dari tafsir hadis Ibn Abbas r.a dan Syeikh Wahab bin Munabbih, yang mengikut ajaran Nabi Nuh ini, kebanyakannya adalah binatang. Then, ketika kapal berangkat, Nabi Nuh membuat pengumuman supaya penghuni kapalnya tidak boleh berkasih-kasihan atau dalam erti kata lainnya mengadakan perhubungan seksual. 

Tetapi anjing ni melanggar perintah Nabi Nuh tu yang mana anjing ni berkasih-kasihan dengan pasangannya dan telah disaksikan oleh si kucing. Maka, kucing pun melaporkan kejadian tersebut kepada Nabi Nuh lalu dipanggillah si anjing. Tetapi, si anjing tidak mahu mengaku sehinggalah ia dibebaskan. Di lain kesempatan, si kucing melihat lagi si anjing ni berkasih-kasihan, sehingga si kucing melaporkan semula kepada Nabi Nuh. Si anjing tetap juga tidak mahu mengaku kesalahannya itu dan dilepaskanlah si anjing itu tanpa dihukum. Peristiwa itu berlaku lagi berkali-kali dan kucing itu juga berkali-kali melaporkan kepada Nabi Nuh. Tetapi, apa hendak dikata, si anjing tetap tidak mahu mengaku kesalahannya itu dan berkata ;

"Si kucing berbohong. Aku tidak melakukannya!" 

Disebabkan kecewa, maka si kucing bermunajat kepada ALLAH ;

"Ya ALLAH, aku merasa dizalimi dengan kejadian ini, maka tampakkanlah apa yang telah aku lihat kepada Utusan Engkau (Nabi Nuh) agar laporanku ini dibenarkan olehnya dan disaksikan oleh seluruh penghuni kapal ini."

Permohonan si kucing kali ini dikabulkan ALLAH. Berikutnya, ketika si anjing berhubungan badan dan ia tidak mampu melepaskan diri daripada pasangannya sehinggakan sewaktu kedua-duanya melakukan hubungan badan tersebut disaksikan oleh Nabi Nuh dan seluruh prnghuni kapal. Akhirnya si kucing merasa lega kerana apa yang ia laporkan selama ini adalah merupakan kebenaran.

Akibat merasa malu, anjing pun memohon kepada ALLAH;

"Ya ALLAH, sesungguhnya aku telah dizalimi oleh si kucing. Kerana dialah, aibku diketahui banyak mahluk. Oleh itu, jadikanlah setiap kali dia (kucing) mengawan, ia diketahui oleh banyak mahluk sebagaimana yang telah ia lakukan padaku! "

Permohonan anjing pun dimakbulkan oleh ALLAH. Maka sejak saat itu, setiap kali kucing mahu mengawan dengan pasangannya, akan didengar atau diketahui oleh mahluk lain kerana mereka akan mengiau bising. :)

-END-

*So, after aku baca novel ni, baru aku tahu knp kucing bila mengawan suka mengiau bising.Seseungguhnya, doa2 org yang teraniaya tu pasti akan dikabulkan kan :) *
Thanks novel sejam 2.50 4 da nice story :)





No comments:

Post a Comment